04 December 2009

DELEGASI PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING SIK, KEDAH MELAWAT PPD PETALING PERDANA



Delegasi Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik, Kedah membuat lawatan ke Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana, Shah Alam, Selangor pada 4 Disember 2009.

Delegasi ini turut mengambil peluang melawat SK Bandar Anggerik, Shah Alam yang telah berjaya mendapat tempat naib johan 3K peringkat Kebangsaan.

02 December 2009

TAKLIMAT PENGURUSAN SEKOLAH BAGI PERSEDIAAN AWAL TAHUN 2010 JABATAN PELAJARAN SELANGOR

Taklimat Pengurusan Sekolah bagi persediaan awal tahun 2010 Jabatan Pelajaran Selangor akan diadakan pada hari Isnin, 7 Disember 2009 mulai jam 8.00 pagi di Auditorium 2, Monash Universiti, Sunway Campus,Jalan Lagoon Selatan, 46150 Bandar Sunway.

Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana diminta hadir majlis tersebut dan sekiranya terdapat kemusykilan sila hubungi Encik Ros Azmi bin Boni telefon 03-55412901

01 December 2009

AUDIT PEMANTAUAN SIRIM MS ISO 9001:2008 TAHUN 2009


Pasukan Juruaudit SIRIM akan menjalankan Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2008 di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Selangor pada 01 Disember 2009 hingga 04 Disember 2009

Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana akan di audit pada 04 Disember 2009,hari Jumaat oleh Puan Fauziah Sulaiman (Audit Team Leader, Section's Services SIRIM QAS International Sdn. Bhd.)

Tujuan audit untuk mengesahkan Sistem Pengurusan Kualiti Orgaanisasi adalah berterusan dilaksanakan dan diselenggara menepati keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh standard ISO 9001:2000

27 November 2009

USIA 56


27 November 2009
Hari ini genap usiaku 56
hari Jumaat membawa berkat
sempena aidiladha insan berkorban

Aku bersyukur ya ALLAH
kesejahteraan kurniaan Mu
kebahagiaan yang dikecapi
bersama anak, isteri dan rakan-rakan

terima kasih sahabat
atas nasihat dan ingatan
agar aku tidak lalai dan mamai
walaupun sesekali mumet menguji

syukur ya ALLAH
syukur ya ALLAH

26 November 2009

SAMBUTAN AIDILADHA & KORBAN



Badan Kebajikan PPD Petaling Perdana mengadakan Majlis Sambutan Aidiladha serta Ibadah Korban pada hari Isnin 30 November 2009 bertempat di Anjung Perdana, PPD Petaling Perdana.

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan aktiviti gotong royong melapah dan mengagihkan daging korban serta memasak sup dan kari untuk hidangan jamuan yang diadakan mulai jam 1.00 petang

Peserta yang menyertai ibadah korban kali ini ialah Noor Zilah bt Mohamad Rejab, Azizan bin Yusoff, Shamsul Azha bin Md Yusuf, Mohd Salleh bin Salehin, Mohamad Hazli bin Hassan, Rohani bt Md Yunus, Mohd Razi bin Abdul Razak (suami Kak Ani),Noor Hayati bt Mohd Noordin, Rosnani bt Hj Sanusi, Maziah bt Salehuddin, Zabedah bt Sadiman (ibu Norjanah bt Kastaman), Mohamed Fairudz bin Ahmad dan Nor Jati bt Biden (isteri Mohamed Fairudz)

Semoga ALLAH menerima keikhlasan peserta korban kali ini.

05 November 2009

CENDERAMATA 1 MALAYSIA SKSS19 SUBANG JAYA

AKTIVITI DI SRI MALAYSIA PORT DICKSON















KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK




Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan dan Perancangan Strategik di Hotel Sri Malaysia, Genting Highland pada 13 November 2009 hingga 15 November 2009.

Seramai 48 orang kakitangan Pejabat Pelajaran Daaerah Petaling Perdana telah menghadiri kursus berkaitan.

Tuan Haji Zolkafli Tahir dari Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Selangor telah menyampaikan taklimat mengenai Perancangan Strategik.

Pengurusan Perolehan, stok dan setor telah disampaikan oleh Puan Pesah Ahmad dari Unit Pembangunan dan Perolehan Jabatan Pelajaran Selangor.

MESYUARAT PENYELARASAN TAKWIM/BAJET 2010






Mesyuarat Penyelarasan Takwim/Bajet 2010 Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah diadakan pada 6 November 2009 hingga 8 November 2009 di Hotel Sri Malaysia Port Dickson

Seramai 47 orang kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana menghadiri mesyuarat tersebut

Turut hadir Puan Hajah Foziah Buang, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana dan Encik Samsul Azha Md Yusof Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Petaling Perdana

04 November 2009

Blog di Sri Malaysia Port Dickson



Seramai 35 peserta menyertai kursus penghasilan BLOG yang diadakan di Hotel Sri Malaysia Port Dickson mulai 2 November 2009 hingga 5 November 2009 . Peserta terdiri dari Penyelia Sukan dari Pejabat Pelajaran Daerah ;Negeri Selangor Darul Ehsan