04 December 2009

DELEGASI PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING SIK, KEDAH MELAWAT PPD PETALING PERDANA



Delegasi Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik, Kedah membuat lawatan ke Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana, Shah Alam, Selangor pada 4 Disember 2009.

Delegasi ini turut mengambil peluang melawat SK Bandar Anggerik, Shah Alam yang telah berjaya mendapat tempat naib johan 3K peringkat Kebangsaan.

02 December 2009

TAKLIMAT PENGURUSAN SEKOLAH BAGI PERSEDIAAN AWAL TAHUN 2010 JABATAN PELAJARAN SELANGOR

Taklimat Pengurusan Sekolah bagi persediaan awal tahun 2010 Jabatan Pelajaran Selangor akan diadakan pada hari Isnin, 7 Disember 2009 mulai jam 8.00 pagi di Auditorium 2, Monash Universiti, Sunway Campus,Jalan Lagoon Selatan, 46150 Bandar Sunway.

Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana diminta hadir majlis tersebut dan sekiranya terdapat kemusykilan sila hubungi Encik Ros Azmi bin Boni telefon 03-55412901

01 December 2009

AUDIT PEMANTAUAN SIRIM MS ISO 9001:2008 TAHUN 2009


Pasukan Juruaudit SIRIM akan menjalankan Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2008 di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Selangor pada 01 Disember 2009 hingga 04 Disember 2009

Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana akan di audit pada 04 Disember 2009,hari Jumaat oleh Puan Fauziah Sulaiman (Audit Team Leader, Section's Services SIRIM QAS International Sdn. Bhd.)

Tujuan audit untuk mengesahkan Sistem Pengurusan Kualiti Orgaanisasi adalah berterusan dilaksanakan dan diselenggara menepati keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh standard ISO 9001:2000

27 November 2009

USIA 56


27 November 2009
Hari ini genap usiaku 56
hari Jumaat membawa berkat
sempena aidiladha insan berkorban

Aku bersyukur ya ALLAH
kesejahteraan kurniaan Mu
kebahagiaan yang dikecapi
bersama anak, isteri dan rakan-rakan

terima kasih sahabat
atas nasihat dan ingatan
agar aku tidak lalai dan mamai
walaupun sesekali mumet menguji

syukur ya ALLAH
syukur ya ALLAH

26 November 2009

SAMBUTAN AIDILADHA & KORBAN



Badan Kebajikan PPD Petaling Perdana mengadakan Majlis Sambutan Aidiladha serta Ibadah Korban pada hari Isnin 30 November 2009 bertempat di Anjung Perdana, PPD Petaling Perdana.

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan aktiviti gotong royong melapah dan mengagihkan daging korban serta memasak sup dan kari untuk hidangan jamuan yang diadakan mulai jam 1.00 petang

Peserta yang menyertai ibadah korban kali ini ialah Noor Zilah bt Mohamad Rejab, Azizan bin Yusoff, Shamsul Azha bin Md Yusuf, Mohd Salleh bin Salehin, Mohamad Hazli bin Hassan, Rohani bt Md Yunus, Mohd Razi bin Abdul Razak (suami Kak Ani),Noor Hayati bt Mohd Noordin, Rosnani bt Hj Sanusi, Maziah bt Salehuddin, Zabedah bt Sadiman (ibu Norjanah bt Kastaman), Mohamed Fairudz bin Ahmad dan Nor Jati bt Biden (isteri Mohamed Fairudz)

Semoga ALLAH menerima keikhlasan peserta korban kali ini.