04 October 2010

JAMUAN AIDILFITRI

Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan (KKGK)2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Taman Seri Serdang telah mengadakan Sambutan Jamuan Aidilfitri 1 Malaysia pada hari Sabtu 2 Oktober 2010 di Dataran Patrotisme SMKSI Turut diadakan acara permainan untuk anak-anak ahli KKGK dan cabutan nombor bertuah.

24 September 2010

PROGRAM BARAAN PPD PETALING PERDANA

Program BARAAN PPD Petaling Perdana buat pertama kalinya diadakan pada 25 September 2010 hari Sabtu mulai jam 8.30 pagi ke rumah Encik Ismail bin Supandi, Encik Azhar Nor Arifin bin Ahmad, Encik Mohd Fahim bin Mohd Jamil, Puan Rasidah binti Md Som dan Encik Mohd Hazli bin Hassan
Pada 26 September 2010, hari Ahad program Baraan ke rumah Encik Ghasid bin Salleh, Encik Mohd Fairuz bin Ahmad, Puan Wan Fauziah binti Wan Abdullah dan Puan Salmah binti Azirun
Pada 2 Oktober 2010, hari Sabtu; Encik Samsul Azha bin Md Yusuf, KIP Seksyen 17, Puan Jamilah binti Md Zain dan Puan Rohani binti Mohd Yunus akan menerima dijangka 115 tetamu program baraan
Pada 3 Oktober 2010, hari Ahad; Puan Julia binti Tasrip, Encik Mohd Sallah bin Salehin dan Puan Foziah binti Buang akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena baraan PPD Petaling Perdana
Semoga selamat dalam perjalanan dan tiba destinasi dengan selamat serta Selamat Hari Raya Aidilfitri

23 September 2010

PENGANUGERAHAN KHIDMAT CEMERLANG

Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana akan mengadakan majlis Penganugerahan Khidmat Cemerlang 2009 pada hari Isnin 27 September 2010 bertempat di Dewan Jubli Perak Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Shah Alam mulai jam 9.00 pagi hari tersebut

22 September 2010

RAMADHAN & SYAWAL

Sebulan Ramadhan kita berpuasa
Tambah 6 hari di bulan Syawal
Maaf bermaafan sesama kita
agar kesalahan lalu terhapus
dan doa kesejanteraan serta
berpanjangan silaturrahim kepada
semua kenalan

04 December 2009

DELEGASI PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING SIK, KEDAH MELAWAT PPD PETALING PERDANA



Delegasi Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik, Kedah membuat lawatan ke Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana, Shah Alam, Selangor pada 4 Disember 2009.

Delegasi ini turut mengambil peluang melawat SK Bandar Anggerik, Shah Alam yang telah berjaya mendapat tempat naib johan 3K peringkat Kebangsaan.

02 December 2009

TAKLIMAT PENGURUSAN SEKOLAH BAGI PERSEDIAAN AWAL TAHUN 2010 JABATAN PELAJARAN SELANGOR

Taklimat Pengurusan Sekolah bagi persediaan awal tahun 2010 Jabatan Pelajaran Selangor akan diadakan pada hari Isnin, 7 Disember 2009 mulai jam 8.00 pagi di Auditorium 2, Monash Universiti, Sunway Campus,Jalan Lagoon Selatan, 46150 Bandar Sunway.

Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana diminta hadir majlis tersebut dan sekiranya terdapat kemusykilan sila hubungi Encik Ros Azmi bin Boni telefon 03-55412901

01 December 2009

AUDIT PEMANTAUAN SIRIM MS ISO 9001:2008 TAHUN 2009


Pasukan Juruaudit SIRIM akan menjalankan Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2008 di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Selangor pada 01 Disember 2009 hingga 04 Disember 2009

Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana akan di audit pada 04 Disember 2009,hari Jumaat oleh Puan Fauziah Sulaiman (Audit Team Leader, Section's Services SIRIM QAS International Sdn. Bhd.)

Tujuan audit untuk mengesahkan Sistem Pengurusan Kualiti Orgaanisasi adalah berterusan dilaksanakan dan diselenggara menepati keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh standard ISO 9001:2000